Search This Blog
Monday, 9 July 2012
Kuih Tradisional Malaysia
Putu Piring
Putu piring banyak dijual di pasar malam. Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung ubi, yang berintikan nisan atau gula Melaka. Ia dinamakan sempena bentuknya seperti piring, dan akan dibalut dengan kain putih sebelum dikukus dalam kukusan khas. Selepas itu, ia akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut muda (nyiur kulit hidup).
Terdapat juga putu piring yang dicampurkan kunyit menjadikan warna kuning. Selain daripada putu piring, terdapat juga putu mayam dan putu buluh.
Alat pengukus putu piring.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Photo of mine


No comments:
Post a Comment